Rozie's FotoPage
Tempahan Pakaian
By: Rozilawati Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Mar-2010 07:22 Email | Share | | Bookmark
Baju Noramanik

 
 
 
Salam.

Dah lama sangat tak masukkan gambar dalam ni. Musim hibernasi... Lepas sakit hari tu, ramai dok carik saya tanya pasal tempahan baju mereka... Maaflah banyak2 pada yang berkenaan, memang saya hari tu mengalami tension yang amat... Apasal? Macam2lah, terutamanya pelajaran anak2... Tapi x tau kenapa saya tension teruk sangat... Biasanya saya ni jarang melayan perasaan, pada saya, masalah semua boleh diselesaikan.

Cuma kali ni memang x boleh nak buat apa... Tension tu datang sendiri, tu yang sampai demam2, lepas baik, demam semula... Masa tu, memang x menjahit sebab takut jahanam kain baju orang. Alhamdulillah, sekarang dah beransur pulih, cuma banyak pakaian yang hendak disiapkan... hmmm

Ok, tinggalkanlah citer di atas tu, kita citer pasal pakaian pulak. Baju ni Nora nak buat kebaya yang pendek, cam kebaya nyonya gitu. Kainnya kain batik, maka kainnya itu dibuat kain belah tak nampak (maksudnya belahan tu kalau berjalan x nampak betis) sepatutnya dihantar kepadanya semalam ke hari ni ke, malangnya saya bercuti pulak 2 hari ni. Semalam pi pejabat pos kat Saujana Utama ni, tapi katanya pos laju xder, pos register ada... hmmm.. kalau pakai pos register, alamatlah seminggu lagi baru sampai.

Semalam hantar anak ke Hospital Selayang untuk check up. Budak x cukup bulan memang kena check up setiap 6 - 8 bulan sekali, nak tengok perkembangannya. Ingat nak hantar hari ni, hubby pulak kena sakit mata.... tu yang amik cuti 2 hari tu, mata dia x boleh nak buka sangat, pedih, katanya. Hari tu si baby yang kena, lepas seminggu baik, ayah dia pulak yang kena.

Alamak, nak buat kerja lain pulak, nanti malam2 letak baju2 lain pulak.


Wednesday, 24-Feb-2010 01:18 Email | Share | | Bookmark
Back on Track

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis, akibat kesihatan yang tidak mengizinkan... Tak taulah kenapa dalam 2 bulan ni kesihatan agak merosot. Baru sahaja menamatkan episod demam, batuk & selsema, diikuti dengan baby ku yang berusia 15 bulan yang kena sakit mata, demam, batuk & selsema. Kedatangan ke pejabat untuk bulan ini & bulan lepas amatlah teruk!!! Badan daripada 59kg, jadik 55 kg jer...

Walau bagaimanapun di sebalik kejadian ini, saya amat bersyukur kerana sakit ini menyedarkan saya tentang banyak perkara terutama yang melibatkan 'ingat lima perkara sebelum lima perkara'. Sihat sebelum sakit salah satunya. Sebelum ini saya agak culas dalam mengerjakan solat, kadang2 selalu solat di akhir waktu, sekarang ni tidak lagi. Sekarang ni selalu juga saya membaca Al-Quran, suatu perkara yang saya telah tinggalkan agak lama. Bukanlah baca banyak pun, tapi lebih baik baca sedikit tapi berpanjangan.

Kain-kain banyak yang terbengkalai,sampai 3 bulan pun ada!! Saya tidak akan memegang kain sekiranya sakit kerana takut jahanam kain-kain orang tu... Sekarang kena tekan gear lebih sikit ler untuk menyudahkan kain-kain yang ada. Maafkan saya yer... Tapi alhamdulillah, walaupun lambat siap tapi masih lagi berminat hendak menghantar kain lagi... Terima kasih atas kepercayaan kalian.

Oh! ya, cuma kali ni gambar susah sikit nak masukkan sebab kat rumah x berapa ada masa, kat office pulak program utk camera tu ntah mana hilangnya, dahlah orang ni bukannya pandai sangat... Will update soon, waktu cuti 3 hari ni nanti. Sekian...



Wednesday, 13-Jan-2010 02:01 Email | Share | | Bookmark
Tahun Baru 2010

Assalamualaikum...

It's been a long time since I last wrote here. What can I say??? I started New Year 2010 with an unhappy story, my blood pressure (BP) was suddenly shot up. For someone who normally used to low BP, it was kinda serious to me.. Masa tu barulah nak cek balik apa yang dah kita terlebih/terkurang dalam diet kita seharian...

Masa mengandung kali ke 6 dulu, I was diagnosed Pre-eclampsia seawal 4 bulan and eventually Hipertension - Darah tinggi jugaklah... Anak saya meninggal dalam kandungan bila kandungan mencecah 28 minggu... This was the second one died after my first experience having a premature who died when he was 28 weeks as well. Kiranya dah 2 orang anak saya meninggal... Alhamdulillah, saya boleh tangani kesedihan saya dengan berfikiran positif, if not the possibility of having mother blues (gila meroyan) was high.

Saya dengan ini mengumumkan tempahan untuk pakaian ditutup. Saya akan menyiapkan mana2 tempahan yang terbengkalai akibat kesibukan saya dengan musim baru persekolahan anak2 dan kesihatan saya. Maafkan saya sekiranya ada yang masih belum menerima pakaian yang ditempah. Bukanlah disengajakan semua perkara ini berlaku. Maafkanlah saya dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

Saya masih lagi mengekalkan harga yang sama dan tidak pasti bilakah harga baru akan diumumkan kerana telah 10 tahun harganya masih kekal sama walaupun keinginan untuk menaikkan harga tu ada.

Bagi yang masih belum mempunyai azam, izinkan saya memberikan usul iaitu mengerjakan solat dengan istiqomah. Jadikan ini sebagai azam anda kerana percayalah, ketenangan diri kita bermula dengan solat.


Wednesday, 16-Dec-2009 01:55 Email | Share | | Bookmark
Baju Zana

 
 
 
Ni pun baju Zana jugak, kurung biasa jer...


Wednesday, 16-Dec-2009 01:50 Email | Share | | Bookmark
Baju Zana

 
 
 
View all 4 photos...
Ini orang baru ni... Baju kurung moden tangan cuff getah cerut. Kainnya lipat batik. Orangnya buat manik gak ni.. Rajin amik upah buat manik.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net