Rozie's FotoPage
Tempahan Pakaian
By: Rozilawati Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Nov-2009 02:00 Email | Share | | Bookmark
Baju Liza

 
 
 
Kain kurung kain cotton, dah pakai pun hari ni.


Friday, 6-Nov-2009 01:53 Email | Share | | Bookmark
Baju Azmani

 
 
First timer nih. Buat baju kurung pahang dengan kain selisih belah tak nampak.



Friday, 6-Nov-2009 01:43 Email | Share | | Bookmark
Baju Kakakku

 
 
 
Kakak datang rumah nak tengok kainnya untuk dipakai masa pernikahan adik iparnya, berkenan pulak dengan kain nih. Terus saya buatkan baju ni masa tu jugak... Baju kurung moden dengan kain lyccra. Siap ngan tudung tu, tapi masa tu tudung x buat lagi, kain x beli lagi.


Friday, 6-Nov-2009 01:11 Email | Share | | Bookmark
Baju Kak Ba

 
 
 
View all 5 photos...
Baju kurung kak ba, kain selisih belah. tangannya bermanik double layer.


Tuesday, 27-Oct-2009 02:09 Email | Share | | Bookmark
Kain Potong

 
Nilah dia rupanya kain2 yang telah dipotong2 untuk dijahit. Weekend lepas potong kain2 jer.. itupun dah petang2, baru projek bermula. Paginya pergi Pasar Tani, balik jer siang segala benda, buat cili kisar untuk minggu ni, masak segala, basuh & sidai baju, lipat baju2 yang belum dilipat, kemas rumah sikit2, mandikan anak yang dah mencecah setahun tu, dah solat segala bagai, barulah pegang kain. Lepas dah potong2 tu, buat alteration untuk baju2 dan tudung orang hantar.

Kadangkala orang2 sekeliling pelik, orang ni tak kuar2 rumah pun.. Yelah, manalah kita ni ada masa nak lepak2 depan rumah, banyak sangat kerja nak disiapkan setiap hari.. Orang sebelah pun nak berborak masa memasak di belakang. Masa tulah baru boleh tanya khabar. Pendek kata, daripada celik mata tu, sampai tutup mata semula sibuk ngan kerja jer. Siangnya bekerja, malam pun bekerja juga...

Kita anak ramai, 5 orang semuanya. Sorang jer pompuan, tapi semuanya dah diajar lipat baju, jemur baju, sapu rumah, mop lantai, hatta basuh bilik air pun harapkan anak2.. Jaga adik, buatkan susu adik yang setahun tu pun memang dah expert. Yang sulung dah 13 tahun dah, bolehlah tolong2 apa yang patut.

Kadang2, ada jugak yang berkata, patutlah dia boleh relax2 lagi, anak2 dah besar. Hello!!! Anak2 yang dah besar tu pun bermula dari kecik jugak... Manalah ada keluar2 jer dari rahim ibu tu anak dah terus besar... Lagipun manalah ada masa nak relax... Kecik2 dulu kerenahnya lain, dah besar ni, lain pulak kerenahnya.



[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net