Rozie's FotoPage
Tempahan Pakaian
By: Rozilawati Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-Oct-2009 15:20 Email | Share | | Bookmark
Baju Amelia

 
 
 
View all 9 photos...
Baju kurung pahang 3 pasang, yang warna coklat tu kain sari yang dibuat awal tahun ni dihantar untuk sample.


Friday, 9-Oct-2009 01:43 Email | Share | | Bookmark
Baju Baizura

 
 
 
View all 4 photos...
Baju ni kurung moden, ada sulaman di bawah sahaja. Lepas dah amik bahagian sulaman di bawah tu, yang di bahagian atas tak boleh nak buat kain pulak sebab dah melintang. Tak cantik buat baju berlainan ira.

Kalau beli kain gini kena hati2, kalau orang yang berbadan slim, masih boleh lagi. Kalau orang berbadan besar, x digalakkan beli kain begini kerana sulamannya hanya di bawah, pasti x cukup kain nanti. kalau nak beli juga, kena beli lebih 1 meter.



Monday, 5-Oct-2009 06:56 Email | Share | | Bookmark
Tempahan Pakaian Di tutup Buat Sementara Waktu

Assalamualaikum...

Mula-mula saya nak minta maaf banyak-banyak kerana terpaksa menutup tempahan buat sementara waktu memandangkan saya telah menerima banyak tempahan pakaian, seolah-olah musim perayaan pula. Masih ada yang telah booking dan akan menghantar kain kemudian. Maka, saya rasa wajiblah saya menyiapkan mana-mana tempahan yang ada dulu sebelum saya menerima yang lain.

Tindakan ini dibuat memandangkan saya seorang yang menjahitnya, dari A - Z, tambahan pula saya bekerja full time di sebuah agensi kerajaan. Saya tidak mempunyai pembantu kerana saya ni agak cerewet dalam menyiapkan pakaian yang ada. Saya menjahit dengan hati dan saya menganggap kerja ini sebagai ibadah. Alhamdulillah, pelanggan saya juga bertambah dari masa ke semasa. Terima kasih.

Juga, saya belum lagi menaikkan harga baju kurung sejak tahun 2000 dan hanya menaikkan harga tempahan baju kebaya memandangkan kebaya memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan.

Tempahan akan dibuka semula apabila kain-kain yang ada telah menyusut. Walau bagaimanapun, teruslah menatap fp saya ni kerana gambar-gambar akan menyusul nanti. Akan saya warwarkan di sini sekiranya tempahan dibuka semula.


Friday, 2-Oct-2009 06:57 Email | Share | | Bookmark
Tempahan Pakaian

Salam. Saja jer nak menceceh... Saya ingatkan lepas raya ni boleh lah relax sikit menjahit tu, tapi hingga ke hari ini, dah 30 pasang pakaian telah saya terima daripada kawan-kawan... Aik, lepas raya pun orang melaram jugak.... Yelah, ada rumah terbuka nak dihadiri kot...

Perasan tak ada sesetengah orang yang akan berbaju baru untuk ke majlis, majlis kawenlah terutamanya. Asal ada orang kawen jer, pasti akan hadir dengan baju baru.. Mulanya saya pelik gak sebab saya dulu cam kata, kenapalah orang tempah baju baru untuk ke majlis2 kawen nih... Hinggalah satu hari, saya sendiri bukak almari.. hmm... baju apalah nak dipakai nih... X der yang sesuai.. Masa tu barulah terjawab soalan saya kenapa orang buat baju baru untuk majlis2.

Malangnya saya sentiasa tak sempat nak buat baju sendiri. Raya tu pun nasib baik ada baju baru yang dah dibuat lama dulu, kalau tak memang pakai baju lama ler jawabnya. Ini kira fenomena biasa untuk tukang jahit, baju orang dijahit, baju sendiri.... heheheheh Pernah hantar baju kat tukang jahit lain, tapi tak beritahulah yang saya pun tukang jahit. Hmmm memang kurang sedap dipakai, harganya pun mahallah lagi daripada buatan sendiri . Akhirnya x perlah, kalau tak sempat, pakai jelah yang mana ada.


Friday, 2-Oct-2009 06:53 Email | Share | | Bookmark
Baju Kak Ros

 
 
 
Inilah baju impian Kak Ros, teruja tengok baju amy, diminta saya buatkan juga bajunya sekemas baju amy.. Shocking Pink, itulah warnanya. Asalnya baju ni dicari untuk dijadikan baju raya, tapi warna sebegini tidak dapat dicari sebelum Hari Raya tempoh hari, sudahnya Hari Raya hari tu beraya tanpa baju baru.

Bila dicari hari Jumaat lepas, jumpalah warna idaman hati. Maka terhasillah baju kurung daripada material Thai Silk. Puas hati!! Gambar kain tu senget sikit, nak cepat...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net