Rozie's FotoPage
Tempahan Pakaian
By: Rozilawati Abdullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Feb-2010 01:18 Email | Share | Bookmark
Back on Track

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis, akibat kesihatan yang tidak mengizinkan... Tak taulah kenapa dalam 2 bulan ni kesihatan agak merosot. Baru sahaja menamatkan episod demam, batuk & selsema, diikuti dengan baby ku yang berusia 15 bulan yang kena sakit mata, demam, batuk & selsema. Kedatangan ke pejabat untuk bulan ini & bulan lepas amatlah teruk!!! Badan daripada 59kg, jadik 55 kg jer...

Walau bagaimanapun di sebalik kejadian ini, saya amat bersyukur kerana sakit ini menyedarkan saya tentang banyak perkara terutama yang melibatkan 'ingat lima perkara sebelum lima perkara'. Sihat sebelum sakit salah satunya. Sebelum ini saya agak culas dalam mengerjakan solat, kadang2 selalu solat di akhir waktu, sekarang ni tidak lagi. Sekarang ni selalu juga saya membaca Al-Quran, suatu perkara yang saya telah tinggalkan agak lama. Bukanlah baca banyak pun, tapi lebih baik baca sedikit tapi berpanjangan.

Kain-kain banyak yang terbengkalai,sampai 3 bulan pun ada!! Saya tidak akan memegang kain sekiranya sakit kerana takut jahanam kain-kain orang tu... Sekarang kena tekan gear lebih sikit ler untuk menyudahkan kain-kain yang ada. Maafkan saya yer... Tapi alhamdulillah, walaupun lambat siap tapi masih lagi berminat hendak menghantar kain lagi... Terima kasih atas kepercayaan kalian.

Oh! ya, cuma kali ni gambar susah sikit nak masukkan sebab kat rumah x berapa ada masa, kat office pulak program utk camera tu ntah mana hilangnya, dahlah orang ni bukannya pandai sangat... Will update soon, waktu cuti 3 hari ni nanti. Sekian...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net